Latihan Huruf Vokal dan Kata Nama Bahasa Melayu Tahun 1
Assalamualaikum Wbt
Guru yang mengajar Tahun 1 pasti tahu bahawa proses awal pengajaran dan pembelajaran adalah memperkenalkan kepada murid huruf dan bunyi vokal a,e,i,o,u serta objek yang bermula dengan huruf-huruf vokal tersebut. Walaupun kebanyakan murid masa kini sudah pun memasuki prasekolah, namun tidak dinafikan mereka masih ada yang tidak menguasai asas membaca ini.
Jadi guru Tahun 1 masih perlu menekankan aspek bunyi huruf ini sebelum bergerak ke fasa suku kata. Dan seperti yang sedia dimaklumi, proses PdPc Tahun 1 memerlukan guru banyak menyediakan lembaran bergambar berbeza dengan murid di Tahap 2.
Di sini saya sertakan 2 halaman latihan asas huruf vokal dan suku kata beserta 1 halaman latihan menyalin semula ayat mudah sebagai pengukuhan kepada kemahiran membaca.
Muat turun secara percuma dan boleh sahaja dikongsikan jika difikirkan sesuai 😇
0 Comments