Latihan Tatabahasa Kata Nama Am dan Khas

Latihan Tatabahasa Kata Nama Am dan Khas

Salam Ramadhan ke-21. Kita masih lagi tertakluk kepada arahan PKPB berikutan penularan wabak COVID-19.  Walaupun banyak kelonggaran telah diberi, namun patuhilah setiap tatacara dan belajar untuk mengamalkan normal baharu kerana wabak ini masih terlalu awaluntuk  dianggap semakin pulih.

Untuk anak-anak yang masih bercuti daripada aktiviti persekolahan,ibu bapa boleh berusaha untuk mendapatkan banyak bahan latihan dan pembelajaran yang sesuai dari internet secara percuma. Tinggal muat turun dan cetak sahaja.

Bahan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah


Untuk hari ini, saya kongsikan bahan pembelajaran Bahasa Melayu untuk sekolah rendah. Latihan Tatabahasa Kata Nama Am dan Khas ini boleh digunapakai untuk murid Tahun 3,4,5 & 6

====================================================================== 


Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Arahan : Garisi kata nama am dengan warna biru  dan kata nama khas dengan warna merah bagi ayat-ayat di bawah.


  • Ibu memakai kebaya yang berwarna merah.
  • Rambutan di kebun datuk telah berbuah.
  • Polis telah menembak mati perompak-perompak itu.
  • Kamilah akan berpindah ke sekolah baru di Bangi.
  • Ibu pandai memasak asam pedas ikan pari.
  • Nenek Timah suka membela kucing.
  • Lobak merah baik untuk mata kita.
  • Semua mangsa banjir dibawa ke balai raya.
  • Kami berehat sebentar di bangku itu.
  • Ayah membawa adik ke Klinik Darul Syifa.
  • Buku cerita yang baharu abang beli itu sungguh menarik.
  • Basikal tua peninggalan datuk itu masih dalam keadaan yang baik.
  • Komputer riba adalah salah satu daripada barang yang hilang dalam kes pecah rumah itu.
  • Tiga ekor itik sedang berenang di dalam  parit kecil di belakang rumah.
  • Surau kecil itu tetap utuh dalam kejadian ribut petang semalam.
  • Burung-burung suka hinggap di pohon yang rendang itu.
  • Sebuah kereta dan dua buah motosikal terlibat dalam kemalangan itu.
  • Ayah menghadiahi ibu seutas jam tangan sempena hari lahirnya.
  • Padang bola sekolah kami kecil sahaja
  • Ikan paus adalah sejenis mamalia.
  • Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa.
  • Hobi Aida mengumpul setem dan matawang asing.
  • Setem-setem itu disimpan di dalam sebuah album.
  • Setiap hari Abu menaiki bas mini untuk ke sekolah.
  • Abu bercita-cita menjadi seorang jurutera.
  • Penduduk kampung itu terdiri daripada pelbagai kaum.
  • Encik Kamil membawa keluarganya pergi bercuti ke Pulau Langkawi.
  • Kedai Akuarium Ah Fatt ditutup pada hari Ahad.
  • Radio berjenama Panasonic Shila rosak selepas terjatuh.
  • Bau busuk itu datang dari sebuah kilang berdekatan.
 =====================================================================
 Latihan Kata Nama Khas
 
Kata Nama Khas

Arahan : Garisi kata nama khas dalam ayat di bawah ini. 


  • Halimah menerima hadiah seutas jam tangan Rolex.
  • Puan Jalilah ialah pengedar barangan Avon.
  • Kisah kejayaannya tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia.
  • Pak Belang menjadi lambang kegagahan.
  • Goon Teck akan berangkat ke Perth pada bulan Julai ini.
  • Basir ialah anak angkat Encik Jamal.
  • Kamisah menamakan kucingnya Si Pintar.
  • Kereta Exora kepunyaan abang telah hilang.
  • Kami akan membuat lawatan ke Bandar Raya Kuala Lumpur.
  • Hari sukan sekolah saya akan diadakan pada 24 Julai ini.
  • Novel berjudul Hartini itu habis di pasaran.
  • Saya membeli buku itu melalui laman Popular Online.
  • Kangar  adalah ibu negeri bagi negeri Perlis.
  • Pameran Seni Khat itu diadakan di Dewan Ibnu Khaldun.
  • Kakak saya akan melanjutkan pelajaran ke London.
  • Stesyen bas itu terletak berdekatan The Store.
  • Penduduk Kampung Angsana bercadang mengadakan gotong-royong.
  • Program NILAM diadakan untuk memupuk minat murid membaca.
  • Puan Munira bertugas di Pejabat Daerah Kemaman.
  • Setiap hari ayah membaca akhbar Harian Metro.
  • Pak Hamid sudah menjadi penghulu Kampung Anak Ikan itu sejak 10 tahun lalu.
  • Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kikir akan bersara minggu hadapan.
  • Kucing Mimi bernama Momo dan Lulu.
  • Kasut Adidas abang dicuri orang.
  • Filem Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem komedi seram.
  • Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun sebagai menghargai jasa guru.
  • Kelas 1 Cemerlang muncul sebagai kelas terbersih bulan ini.
  • Umat Islam  berpuasa pada bulan Ramadhan setiap tahun.
  • Peti sejuk lama berjenama Sharp itu masih boleh digunakan.
  • Azli membeli telefon bimbit Samsung  baharu selepas telefonnya rosak.
=====================================================================
Latihan Kata Nama Am


Arahan : Isi tempat kosong dengan kata nama am yang betul.


  • Faris dan Mahesh selalu mengulang kaji pelajaran di _____________ .
  • Semua murid berkumpul di __________ sekolah setiap Isnin.
  • _____________ rumah orang kaya itu sentiasa tertutup.
  • ____________ besinya juga sentiasa berkunci.
  • Azizah dan kawan-kawannya beratur untuk membeli makanan di ____________ .
  • Selesai makan,mereka memasukkan ____________ ke dalam besen.
  • Irfan dan Hafiy pergi ke ______________ untuk bergotong-royong.
  • Mereka membawa sebatang ___________ dan ______________ .
  • ___________ emas kakak tercicir entah di mana.
  • Fazrul membantu Ustaz Afiq mengangkat buku-buku itu ke _________ .
  • Kereta Ustaz Afiq diparkir di sebelah _____________ .
  • Ibu menanam ____________ di dalam sebuah pasu.
  • Pasu itu diletakkan di tepi ____________ roman.
  • Ibu menyiram pokok bunganya itu menggunakan ______________.
  • Dua minggu sekali ibu meletakkan _____________ pada pokok bunganya.
  • Ibu juga ada membela lima ekor _____________ .
  • _______________ itu diberi makan kangkung dan __________ merah.
  • Ayah mencuci bersih ___________nya pada hujung minggu.
  • ____________ membantu ayah mencuci kereta.
  • Nenek pula memberi ______________nya makan di reban.
  • Abang mengisi air ke dalam _____________ .
  • Madu __________ mengandungi banyak khasiat.
  • Burung merbah itu hinggap di ___________ rumah.
  • Datuk berjalan dengan menggunakan sebatang ____________ .
  • Hujan turun dengan lebatnya walaupun ____________ cerah.
  • Munir sekeluarga pergi berkelah di tepi _____________ .
  • Ibu membeli sepasang ______________ untuk Athirah.
  • Makanan di atas meja itu ditutup dengan ____________ .
  • Adik menonton ____________ sejak dari tadi lagi.
  • Nyamuk Aedes membiak dalam ____________ yang tersumbat.
======================================================================

3 Latihan tatabahasa kata nama ini boleh dimuat turun terus ke peranti masing-masing untuk kegunaan untuk anak didik atau anak masing-masing.

<<<< Muat turun Latihan Tatabahasa Kata Nama Am dan Khas >>>>

Semoga bermanfaat untuk semua

Post a Comment

0 Comments