CARTA SUKU KATA TERBUKA KV YANG SIMPLE UNTUK MURID TAHAP 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Carta suku kata KV yang simple untuk murid Tahap 1 ini saya kongsikan untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya terutama para guru prasekolah,guru Tahap 1 mahupun ibu bapa.
Kemahiran membaca seseorang murid atau kanak-kanak bermula dengan mengenal dan membunyikan huruf, diikuti dengan membatangkan suku kata yang membentuk perkataan. Suku kata boleh lah dianggap sebagai asas atau tapak untuk mula membaca dengan betul dan lancar.
Jika seseorang murid tidak dapat menguasai suku kata, amat sukar untuk mereka membaca hatta perkataan yang mudah sekalipun. Jadi penggunaan carta suku kata untuk latih tubi masih relevan dan diguna pakai oleh kebanyakan guru Bahasa Melayu dan guru prasekolah hari ini.
Saya kongsikan secara percuma sahaja dan silalah muat turun bagi yang memerlukan 😇
Sebarang komen atau cadangan untuk penambahbaikan sangatlah dialu-alukan.
0 Comments