Carta Suku Kata Tertutup KVK Siri 1

Assalamualaikum dan Salam Hormat

Carta Suku Kata Tertutup KVK Siri 1

Kalau sudah namanya cikgu, percaya atau tidak tetap akan berasa risau apabila seseorang murid masih belum dapat menguasai asas bacaan  dengan betul. Apatah lagi jika sudah memasuki tahun ke-2 persekolahan ( Tahun 2 ), namun masih tidak lancar membaca. Jangankan perkataan bersuku kata tertutup  kvkvk, perkataan mudah dengan suku kata terbuka kv + kv seperti buku, bola,bapa dan sebagainya pun masih merangkak-rangkak. Cikgu mana yang tak susah hati. Ibu bapa tentulah lagi kan ..

Suku Kata Tertutup KVK

Menguasai suku kata terbuka dan tertutup penting sekali untuk murid membaca sesuatu perkataan tak kira perkataan mudah atau susah.

Jika dibiarkan berkeadaan seperti di atas, masalah yang lebih besar akan berlaku apabila murid sebegini naik ke Tahap 2

Berikut ini saya kongsikan Carta Suku Kata Tertutup KVK Siri 1 melibatkan huruf akhir k,t dan r untuk para guru dan ibu bapa yang memerlukannya.

Mungkin boleh dijadikan sebagai carta latih tubi , dilekatkan dalam buku, dijadikan aktiviti permainan bahasa mencantum suku kata atau apa-apa sahaja aktiviti yang difikirkan sesuai.

Moga carta suku kata tertutup KVK Siri 1 ini dapat memberi manfaat sewajarnya. In Sha Allah, saya akan usahakan dalam masa terdekat untuk Carta Suku Kata Tertutup KVK Siri 2.

Kongsikan jika bermanfaat


Post a Comment

0 Comments